Khamis, 30 Jun 2016

Resepi Kuah Yong Tau Foo


Bahan-bahan:

  • 10 tangkai cili kering
  • gula melaka atau 2 sudu gula merah
  • bijan goreng
  • gula(kalau kurang manis)
  • 1 s.k garam
  • 3 cm belacan
  • 300 ml air
  • 1 sudu besar minyak
  • 1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air

Cara-caranya:

  1. Masukkan minyak dalam kuali. 
  2. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
  3. jangan lama sangat ye nanti hangus dan hasil pun kurang sedap
  4. setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air. tapis supaya hasil nya pun cantik..
  5. panaskan air bersama gula melaka. tapis ye takut ada pasir2 halus...
  6. kemudian cili yang telah dikisar tadi dan air gula serta belacan.
  7. setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  8. masukkan garam secukup rasa, dan gula (jika gula melaka kurang manis).

Resepi Chee Cheong fun

  • 100gm tpg beras
  • 1 sudu besar tpg ubi
  • 365ml air
  • sedikit garam
  • 1/2 sudu kecil minyak masak

Cara-caranya:

  1. campur kesemua bahan dlm bekas kacau sebati
  2. kukus seperti mana nak buat laksam

Rabu, 29 Jun 2016

Resepi Sambal Hitam Belimbing Buluh


Bahan-bahan:


  • Belimbing buluh - 500g
  • Bawang merah kecil - 7 biji
  • Bawang putih - 5 biji
  • Cili padi - 15 tangkai (letak lebih jika nak pedas)
  • Ikan bilis kopek - 1 cawan
  • Minyak utk menumis
  • Kicap lemak manis
  • Garam
  • Gula


Cara-caranya:


  1. Basuh belimbing buluh, letak sedikit garam dan rebus dalam periuk tanpa air hingga hampir kering dan berwarna hitam serta lembik.
  2. Guna api kecil dan kacau sekali sekala.
  3. Seeloknya gunakan periuk yang dah lama dan tak digunakan lagi sebab periuk tu nanti akan jadi hitam dan susah nak dibersihkan.
  4. Anggaran masa rebusan adalah lebih kurang 3 jam.


Proses memasak sambal:


  1. Bawang putih, bawang merah kecil, cili padi dan ikan bilis ditumbuk kasar (boleh juga guna
  2. pengisar kering atau food processor).
  3. Kemudian, tumbuk sekali belimbing buluh tersebut.
  4. Panaskan minyak di dalam kuali.
  5. Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi
  6. dan kacau hingga separuh masak.
  7. Masukkan belimbing, kacau rata hingga masak.
  8. Perasakan dengan garam, gula dan sedikit kicap.


Selamat Mencuba !

Selasa, 28 Jun 2016

Resepi Sayur Kailan dan Udang


Resepi Ini sesuai untuk saiz hidangan: 4 orang

Bahan-bahan:

  • 400 gram sayur kailan - potong sepanjang 3 cm - potong batang dan daun secara berasingan
  • 5 batang putik jagung - potong serong
  • 1/2 batang lobak merah - hiris bulat
  • 200 gram udang - buang kepala dan kulit, tinggalkan ekor, belah bahagian belakang dan tarik keluar uratnya
  • 1 labu bawang besar - potong dadu
  • 2 ulas bawang putih - cincang
  • 1/2 sudu besar Maggi CukupRasa
  • 3 sudu makan minyak

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar serta bawang putih hingga kekuningan.
  2. Masukkan udang, lobak merah serta batang kailan. Gaul rata dan masak sehingga udang berubah warna.
  3. Kemudian masukkan putik jagung serta daun kailan. Tutup kuali selama 2 minit.
  4. Buka penutup kuali dan taburkan perencah Maggi Cukup Rasa
  5. Buka penutup kuali dan taburkan perencah Maggi Cukup Rasa
  6. Kacau sekali dua dan padamkan api dapur.


Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba.!

Isnin, 27 Jun 2016

Resepi Overnight Oats Lemon Blueberry Cheesecake


Bahan-bahan:

  • 1/2 cawan rolled oat
  • 1 skop serbuk protein perisa vanila
  • 1 sudu besar chia seeds
  • 1/2 cawan Greek yogurt
  • 1/2 cawan blueberry
  • 3 sudu besar madu
  • 1/4 cawan cream cheese
  • 1/4 sudu kecil ekstrak lemon (boleh juga guna perisa lemon atau jus lemon)

Cara-caranya

  1. Satukan oat, protein, chia, yogurt dan 1 sudu besar madu ke dalam balang. Kacau sebati.
  2. Masukkan blueberry.
  3. Dalam mangkuk, satukan cream cheese, ekstrak leon dan 2 sudu besar madu. Kacau sebati sehingga lembut. Tuang ke dalam balang. Tutup.
  4. Sejukkan semalaman.

Selamat Mencuba !

Ahad, 26 Jun 2016

Resepi Ayam Masak Kicap


Bahan-bahan A:

  • 1 ekor ayam, beratnya 1.5 kg - potong 10 atau kecil ikut citarasa masing-masing
  • 200ml kicap manis
  • 2 sudu makan cuka
  • 2-3 cawan air
  • minyak untuk menggoreng dan menumis

Bahan-bahan B:

  • 3 biji bawang besar - dihiris bulat
  • 5 biji bawang putih - dihiris
  • 2 jari halia - dihiris panjang-panjang seperti batang mancis

Bahan-bahan C (ditumbuk halus):

  • 1 biji buah pala
  • 1 sudu makan lada hitam biji
  • 1 jari kayu manis
  • 15 kuntum bunga cengkih
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 10 biji buah pelaga

Cara-caranya:

  1. lumur ayam dengan sedikit garam
  2. panaskan minyak dan gorengkan ayam tetapi jangan terlalu garing
  3. angkat dan ketepikan
  4. dengan mengunakan sedikit minyak bekas menggoreng ayam, tumis semua bahan-bahan B sehingga bawangnya layu
  5. masukkan pula bahan-bahan C dan tumis lagi sehingga naik aromanya
  6. selepas itu masukkan kicap, air dan cuka (jika perlu bolehlah ditambahkan sedikit garam)
  7. gaulkan rata
  8. setelah mendidih barulah dimasukkan ayam goreng tadi
  9. balik-balikkan dan masak sehingga pekat sedikit kuahnya dan rempahnya meresap ke ayam
  10. angkat dan sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih

Selamat Mencuba !

Resepi Kek Coklat Indulgence


Adakah anda peminat Kek Secret Recipe? Di sini dikongsikan Resepi Kek Coklat Indulgence ala Secret Recipe.

Bahan Kek

  • 2 cwn gula
  • 1 3/4 cwn tepung
  • 1 cwn serbuk koko
  • 1 1/2 sudu teh baking powder
  • 1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 2 biji telur
  • 1 cwn susu cair
  • 1/2 cwn minyak
  • 2 sudu teh esen vanilla
  • 1 cwn air

Cara-caranya:

  1. Campurkan bahan kering,gaul sebati.
  2. Putar telur dan gula hingga kembang.
  3. Masukkan susu,air,minyak dan esen vanilla,putar sebati.
  4. Masukkan bahan kering tadi gaul sebati.
  5. Alas loyang dengan kertas minyak.
  6. Sediakan 4 loyang dan tuang adunan sama banyak.
  7. Bakar 170'c selama 20 minit setiap loyang.( ikut oven msng2 )
  8. Biarkan 10 minit sejuk baru keluarkan dari loyang.

Bahan Mousse Putih

  • 1 sudu teh gelatin
  • 1 sudu besar air panas
  • 1 cwn coklat putih
  • 1 1/2 cwn whipping cream

Cara-caranya:

  1. Larutkan gelatin bersama air panas,biarkan 5 minit.
  2. Cairkan coklat cara double boiler.
  3. Campurkan coklat dan gelatin,gaul sebati.
  4. Putar whipping cream hingga lembut.
  5. Tuang coklat dalam whipping cream,gaul sebati.

Bahan Black Mousse

  • 1 sudu teh gelatin
  • 1 sudu besar air panas
  • 1 cwn coklat
  • 1 1/2 cwn whipping cream

Cara-caranya:

  1. Larutkan gelatin bersama air,biarkan 5 minit.
  2. Cairkan coklat cara double boiler.
  3. Campurkan coklat dan gelatin,gaul sebati.
  4. Putar whipping cream hingga lembut.
  5. Tuang coklat dalam whipping cream,gaul sebati.

Bahan Coklat Ganache

  • 1 cwn coklat masakan
  • 1 cwn whipping cream

Cara-caranya:

  1. Cairkan coklat cara double boiler.
  2. Putar whipping cream hingga lembut.
  3. Tuang coklat dalam whipping cream,gaul sebati.

Cara Melapis

  1. Ambil 1 keping kek tuang sedikit white mousse,ratakan.
  2. Ambil 1 keping kek lagi tuang pula black mousse,ratakan.
  3. Ulang langkah yg same hingga siap.
  4. Bila dah siap tuang black mousse pada seluruh badan kek.
  5. Akhir sekali curah coklat ganache pada seluruh badan kek.
  6. Simpan dalam peti sejuk 15minit.

Selamat Mencuba !

Resepi Sotong Masak Kari


Bahan-Bahan:

  • 8-10 ekor sotong, anggaran
  • 1 senduk minyak masak
  • 2 1/2 sudu besar rempah kari udang atau ikan
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • 6 batang sayur bendi
  • 1 biji tomato, belah 4
  • 3 sudu besar pati asam jawa
  • garam dan gula secukup rasa

Bahan untuk tumbuk halus:

  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Bahan untuk rempah tumis

  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 1 sudu kecil halba campur
  • 1 tangkai daun kari


Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak di dalam periuk. Masukkan bahan rempah tumis dan diikuti bahan tumbuk halus. Masak sehingga kekuningan dan naik bau.
  2. Masukkan bancuhan pes rempah dan serbuk cili dan kacau sehingga warna rempah menjadi sedikit gelap dan pecah minyak. Tambah sedikit air jika rempah terlalu kering supaya tidak hangus.
  3. Masukkan sotong, pati asam jawa dan kacau beberapa minit. 
  4. Masukkan santan cair dan masak sehingga mendidih.
  5. Masukkan pula santan pekat, bendi dan tomato. 
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 
  7. Apabila mendidih, angkat dan hidangkan


Selamat Mencuba !

Rabu, 22 Jun 2016

Resepi Rendang Minang


Bahan-bahan:

  • 500g lembu- daging batang pinang
  • 1 helai daun kunyit
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 sudu besar gula coklat (brown sugar)
  • 3 cm lengkuas
  • 2 batang serai
  • garam
  • 600g kelapa diperah
  • 3 cawan air

Bahan untuk dikisar sehingga halus:

  • 40 cili padi
  • 4 biji lada besar merah
  • 10 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2cm halia

Cara-caranya:

  1. Gaulkan semua bahan-bahan diatas di atas kuali atau periuk memasak,
  2. bila menggelegak dan airnya hampir kering sedikit masukkan santan.
  3. Tunggu hingga menggelegak sekali lagi dan perlahankan api.
  4. Masaklah sehingga kuahnya hampir pekat dan akhirnya kering berminyak....

Selamat Mencuba !

Selasa, 21 Jun 2016

Resepi Daging Masak Black Papper


Bahan-bahan:

  • 500g daging (bahagian batang pinang)
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Kicap manis
  • 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk kasar)
  • 2 tangkai cili merah (potong kasar)
  • Bawang besar holland
  • 2 sudu kecil tepung jagung

Cara Membuat:

  1. Panaskan 2 senduk minyak, goreng daging selama 3-4 minit. Angkat dan asingkan.
  2. Kurangkan sedikit minyak tadi kepada angggaran 1/2 senduk minyak, tumis bawang putih dan masukkan lada hitam.
  3. Masukkan kicap dan serbuk lada hitam, kacau sebentar dam masukkan daging. 
  4. Masak menggunakan api besar dan kerapkan mengacau bahan dalam kuali.
  5. Kemuduan tambah bancuhan tepung jagung dan bawang besar. Apabila kuah menjadi pekat padam api dan hidangkan. Hiaskan dengan taburan daun bwg.


Tips


  • Untuk mendapatkan daging yang lembut pastikan ianya tidak di masak terlalu lama di atas api yang besar.

Isnin, 20 Jun 2016

Resepi Siput Sedut Masak Lomak Cili Api


Bahan-bahan:

  • 1kg siput sedut
  • 5 ulas bawang merah ~ kisar halus
  • 3 ulas bawang putih ~ kisar halus
  • 2 inci kunyit hidup ~ kisar halus
  • 2 inci halia ~ kisar halus
  • 15 tangkai cipi padi ~ kisar halus
  • 2 batang serai ~ di titik
  • sehelai daun kunyit - diracik halus (guna sedikit sahaja)
  • garam secukup rasa
  • 500ml santan

Cara-caranya:

  1. Siput sedut di berus hingga bersih.
  2. Rendam sebentar dalam air garam untuk membuang kotoran seperti pasir dan lumpur.
  3. Potong bahagian ekornya, cuci bersih dan toskan.
  4. Panaskan minyak, tumis bahan yang di kisar hingga harum.
  5. Masukkan santan, serai dan siput.
  6. Kacau perlahan atas api sederhana hingga masak
  7. Perasakan dengan garam, masak hingga kuah sedikit pekat.
  8. Sedia di hidangkan.

Selamat Mencuba !

Ahad, 19 Jun 2016

Resepi Sup Tulang Gombak


Bahan-bahan:

  • 1 kg tulang lembu
  • 2 batang serai - diketuk
  • halia sebesar ibu jari - diketuk
  • rempah 4 sekawan - 3 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 1 batang kulit kayu manis & kuntum bunga cengkih
  • 1 sudu makan lada putih tumbuk
  • air secukupnya
  • garam / perasa pilihan
  • minyak
  • hirisan daun bawang & daun sup
  • bawang goreng

Bahan tumbuk:

  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 7 ulas lada api (hijau lebih baik)
  • 1 sudu makan ketumbar biji
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1 sudu teh jintan manis


Cara-caranya:

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk, serai dan halia hingga wangi. Kemudian masukkan rempah 4 sekawan dan tumis seketika hingga naik bau.
  2. Masukkan tulang dan balik-balikkan sehingga bertukar warna atau kelihatan layu.
  3. Tambahkan air secukupnya dan masak sehingga kuah mendidih.
  4. Perlahankan api dapur dan tutup periuk. Masak sehingga daging tulang empuk.
  5. Masukkan lada putih dan perasakan dengan garam / perasa pilihan.
  6. Hidangkan panas dengan taburan hirisan daun sup / bawang dan bawang goreng.


P/S : Beginilah caranya orang kampung masak apa-apa sup... ayam, kambing atau lembu. Ditumis terlebih dahulu kemudian barulah ditambah air. tujuan tumisan tadi ialah untuk mematikan bau pada daging.

Khamis, 16 Jun 2016

Resepi Kek Black Forest Swiss Roll


Bahan-Bahan:

Bahan A

  • 3 biji kuning telur
  • 75gm gula kaster
  • 50ml air
  • 40ml minyak jagung / minyak masak
  • 55gm tepung gandum
  • 20gm serbuk koko
  • 1 sudu teh coklat emulco

Bahan B

  • 3 biji putih telur
  • 2 sudu teh gula kaster
  • 1/8 sudu teh cream of tartar

Bahan C

  • 1 tin kecil dark pitted cherry, toskan airnya
  • 200ml whip topping cream (non-diary) Putar hingga pekat

Hiasan

  • Parutan coklat masakan / chocolate rice / maraschino cherry

+ Loyang 10 x 10? (di alas dan di gris)

Cara-caranya:

  1. Ayak tepung dan serbuk koko. Ketepikan.
  2. Pukul bahan B hingga kembang dan bertanduk. Ketepikan.
  3. Pukul kuning telur dan gula hingga kembang di ikuti air, minyak, esen vanila dan tepung. Pukul dengan kelajuan tinggi hingga putih dan gebu. Kaup balikkan dengan adunan B hingga bergaul rata.
  4. Tuang ke dalam loyang. Hentakkan sedikit loyang untuk mengeluarkan gelembung udara.
  5. Bakar di dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu pada suhu 170C selama 10- 15 minit.
  6. Keluarkan dari oven dan sejukkan di atas redai selama 15 minit.
  7. Sediakan sekeping kertas minyak yang lebih besar dari kek. Terbalikkan kek. Keluarkan kertas alasnya.
  8. Sapu whip krim di permukaan kek dan susun dengan pitted cherry, kemudian gulung dengan mengerakkan kertas ke depan seperti mengulung sushi.
  9. Bungkus dengan ketat dan simpan di dalam peti sejuk selama 1 jam atau lebih.


Selamat Mencuba !

Rabu, 15 Jun 2016

Resepi Kek Coklat Cheese Tanpa Bakar


Bahan-Bahan:

Base

  • 250g biskut digestive (biskut biasa pun boleh)
  • 2 tsp serbuk koko
  • 150g mentega ( cairkan)

Filling

  • 1 tbs gelatin � pastikan halal (saya pakai jenama Nona)
  • 1/2 cawan air panas
  • 250 g cream cheese
  • 3/4 gula kastor
  • 1 lemon (perahkan)
  • 300ml whipping cream (pukul sampai soft peaks)
  • 175g dark chocolate (cairkan guna double boiling)

Hiasan

  • Chocolate Ganache � 200g dark chocolate dicairkan (guna kaedah double boiler dan campurkan dengan sedikit susu segar)
  • Sedikit walnut
  • Sedikit kepingan badam


Cara-caranya:

Base

  1. Pecahkan-pecahkan biskut sampai halus atau guna food processor dan kisar, tambahkan serbuk koko dan gaulkan.
  2. Tambahkan mentega yang telah dicairkan dan gaul rata.
  3. Tekan adunan ke dalam loyang 9 1/2 inci springform dan sejukkan ke dalam peti sejuk sehingga filling siap.

Filling

  1. Sebatikan gelatin bersama dengan air panas. Ketepikan. Pukul cream cheese dan gula sehingga lembut dan berkilat, kemudian tambahkan jus lemon.
  2. Kemudian masukkan whipped cream dan guna kaedah kuak kaup dan kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan sebatian gelatin tadi.
  4. Akhir sekali, masukkan dark chocolate yang telah dicairkan dan guna whisk untuk kacau hingga sebati.
  5. Masukkan filling ke dalam loyang berbase biskut tadi dan rehatkan dalam peti ais selama satu malam.
  6. Bila hendak dihidangkan, hiaskan kek dengan chocolate ganache dan taburkan kekacang yang disukai.


Selamat Mencuba !

Selasa, 14 Jun 2016

Resepi Durian Crepe


Bahan-bahan:

Kulit/crepe (18-20 keping )


  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar tepung ubi kayu
  • 1 sudu besar tepung ubi kentang
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1 1/2 sudu besar tepung hong kong
  • sedikit garam
  • 2 sudu besar gula icing
  • 2 biji telur saiz B
  • 1 sudu besar minyak jagung
  • 3/4 cawan air (210ml)
  • 1/2 cawan susu segar (130ml)
  • sedikit esen vanila
  • beberapa titik pewarna kuning@ jenis serbuk isi sikit je ye


Filling Kastard + Durian

  • 2 sudu besar gula
  • 20 gm tepung kastard
  • 250 ml susu segar
  • 2 biji kuning telor
  • isi durian yang dihancurkan


Filling Whipping Cream

  • 500gm whipping cream
  • 2 sudu besar gula icing (jika whipping cream tawar)


caranya utk kulit/crepe ~ cara nak dptkan crepe yang nipis


  1. Kesemua tepung di atas di ayak terlebih dahulu
  2. Masukkan kedalam satu bekas, masukkan garam, gula icing, minyak, esen vanila, telor yang dipukul sebati, dan masukkan air serta susu segar dan pewarna kuning. kacau guna whisk tangan je ye. kemudian tapis
  3. Panaskan non stick pan saiz kecil (17cm diameter tapak) api sederhana.
  4. Sapu sikit pan ngan minyak. (saya guna tisu paper)..dah panas pan tu.
  5. Angkat kejap pan dan masukkan kurang 1 senduk adunan ke dalam pan.
  6. Lenggangkan pan tadi sehingga rata dan nipis kulit tadi serta memenuhi permukaan pan tadi.
  7. Kemudian letak balik atas dapur ..(saya tak guna senduk pun tuk ratakan kulit tu... just layang2 kan/lenggangkan je shingga memenuhi permukaan) kejap sahaja letak atas dapur ye kemudian angkat..jangan terlalu lama sbb nanti hangus kulitnya. Tak perlu terbalikkan sebab ia nipis mudah sangat masaknya
  8. Ulangi hingga habis. boleh ditindih2 kulitnya insyaallah tak melekat


cara untuk Filling Kastard + Durian



  1. Dalam periuk non stick masukkan gula, tpg kastard, 2 biji kuning telor, dan susu segar dlm 4 sudu dulu..Kacau hingga kesemuanya sebati. 
  2. Kemudian tuang baki susu segar tadi dan kacau lagi
  3. Panaskan api dapur dan masak menggunakan api sederhana hingga kental/pekat. tutup api dan sejukkan kastard filling.
  4. Isi Durian dihancurkan dan dicampur bersama dengan kastard filling dan masukkan ke dalam piping bag. masukkan kedalam peti ais supaya ia tak cair


cara untuk filling Whipping Cream..


  1. Dalam bekas yang bersih dan kering, masukkan 500gm whipping cream,
  2. tambah gula icing jika whipping cream anda tawar.. 
  3. Jika whipping cream anda sudah manis abaikan gula icing tu..
  4. Pukul whipping cream sehingga soft peak/kental dan masukkan ke dalam piping bag dan letak dlm freezer sekejap supaya tak mencair.


Sekarang masa utk "membantalkan durian crepe"

  1. sediakan kulit, letak whipping cream dulu (dlm gambar) ,
  2. kemudian letak pula filling kastard+durian dan letak semula whipping atas kastard tadi..
  3. Bungkus/lipat durian crepe tadi seperti bantal..
  4. dah siap masukkan dlm freezer kejap dlm sejam dua supaya ia mengeras(jika durian crepe yang baru kluar dr freezer tu keras kejung tunggu biar kejap pada suhu bilik (tak lembut tak keras sangat)dan boleh dimakan..
  5. jgn keras sangat kang tercabut gigi cari saya plak)


Selamat Mencuba

Isnin, 13 Jun 2016

Resepi Kerepek Gunting


Kerepek Gunting merupakan antara hidangan kuih tradisional popular ketika Aidilfitri

Bahan-Bahan:

  • 700 g tepung gandum
  • 10 tangkai lada kering � boleh tambah
  • 2 labu bawang besar
  • 1 gengam ikan bilis/udang kering
  • 2 sudu kecil jintan halus
  • 1 sudu kecil jintan kasar
  • 1/4 cwn minyak masak ( panaskan)
  • 2 sudu besar majerin
  • 200 ml santan
  • garam secukup rasa
  • sedikit serbuk kunyit
  • daun kari- hiris


Cara Membuat:

  1. Masukkan santan dalam blender dan masukkan semua bahan kasar. Kisar hingga halus.
  2. Gaul ramas tepung dgn majerin, tuang minyak panas dan gaul sebati.
  3. Uli tepung dgn semua bahan kisar, dan perasakan dgn garam. 
  4. Uli hingga menjadi doh.
  5. Buat bebola kecil, boleh guna mesin mee, kalau tak ada mesin, boleh canai nipis-nipis, potong dan gunting.
  6. Goreng dalam minyak panas guna api sederhana. Sambil goreng tabur daun kari.

Selamat Mencuba

Ahad, 12 Jun 2016

Resepi Gulai Tempoyak Ikan Talapia


Bahan-bahan:

  • 4 ekor ikan talapia merah.. potong 2
  • 1 mangkuk tempoyak
  • 1/2 inci kunyit hidup*
  • 2 biji cili merah*
  • segenggam cili api merah*
  • 5 ulas bawang merah*
  • 5 batang serai dititik
  • 3 helai daun kunyit
  • garam secukup rasa
  • sedikit gula kalau suka


Cara-caranya:

  1. ikan talapia.. gaulkan dengan garam dan asam jawa.. supaya hilang hanyir.. bilas bersih2..
  2. tumbuk bahan2 bertanda (*)..
  3. masukkan kedalam peiuk bersama tempoyak serai dan air secukupnya.. didihkan..
  4. masukkan ikan dan masukkan juga daun kunyit.. garam dan gula secukup rasa..
  5. bila ikan dah masak.. tutup api.. sedia untuk dihidang.


Selamat Mencuba !

Sabtu, 11 Jun 2016

Resepi Churros dan Sos Coklat


Bahan-Bahan:

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar butter
  • 1 cawan air
  • 1 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • 1biji telur
  • Nozzle muncung bintang
  • Piping bag
  • Minyak masak untuk menggoreng

Cara-Cara Buat Churros:

  1. Didihkan air, masukkan butter, gula dan garam . Kacau sebati dengan api yang sederhana
  2. Perlahankan api, masukkan tepung sikit� atau dengan cara mengayak supaya tepung tak berketul�. 
  3. Kacau sehingga rata dan tutup api.( Agak berketul sikit tapi jangan risau dah uli nanti okaylah)
  4. Masukkan telur yang telah dipukul terlebih dahulu. 
  5. Kemudian masukkan esen vanilla dalam adunan tepung tadi, uli sebati gunakan tangan bila adunan dah sejuk sedikit.
  6. Masukkan adunan dalam piping bag
  7. Buat bentuk stick atas baking paper (kalau takde boleh tabur tepung je sebab tak nak bagi melekat). Untuk first time buat ni bentuk masih tak proper lagi ni.

Bahan-Bahan:

  • 1/2 cawan serbuk koko ~ ayak
  • 1 cawan gula
  • 2 1/2 cawan air @ susu cair ~ yana letak air je
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 2 sb majerin / minyak jagung

Cara-Cara Buat Sos Cokelat:

  1. Masukkan semua bahan dalam bekas dan masakkan atas dapur dengan api kecil. 
  2. Sentiasa kacau
  3. Perhatian ~ topping dah sebati dan nampak mula pekat bolehlah tutup api dan terus kacau. Sejukkan dulu sebentar sebelum digunakan

Jumaat, 10 Jun 2016

Resepi Lala Masam Manis


Bahan�bahan:

  • 500 gram lala
  • 3 batang serai
  • 4 ulas bawang putih
  • 5 ulas cili padi
  • sos cili
  • sos tomato
  • garam/gula secukup rasa (sikit sahaja)
  • 1 biji lemon

Cara�caranya:

  1. tumbuk serai, cili padi dan bawang putih.
  2. tumis semua sekali kemudian masukkan sedikit sos tomato, sos cili, ikut selera.
  3. tambah perahan lemon
  4. tak perlu tambah air pun takpe, sebab nanti dah masukkan lala dia dah masak keluar air dari lala tu.

Selamat Mencuba !

Khamis, 9 Jun 2016

Resepi Sup Daging Berempah Mamak Style


Bahan-bahan:


  • 500gm Daging kambing / Lembu.
  • 1kg tulang kambing dijadikan "broth" atau air rebusan untuk v sup.
  • 4 biji bawang labu sederhana besar. Perlu dikisar halus.
  • 2 sudu besar (tbsp) pes halia bawang putih / 5 ulas bawang putih dan 2 inci halia.
  • 2 keping kayu kayu manis (2").
  • 5 biji buah pelaga.
  • 3 kuntum bunga lawang (star annise).
  • 1/2 sudu (tsp) kecil garam masala (kalau ada dalam simpanan kalau tiada tak apa).*
  • 1/2 sudu kecil (tsp) serbuk lada sula.*
  • 1 sudu besar serbuk jintan putih (cummin powder).*
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar (corriander powder).*
  • 3 pokok daun ketumbar, kalau baunya tak suka gunakan daun sup saja.
  • 2 pokok daun bawang dihiris halus untuk dihiaskan ke atas sup.
  • Bawang goreng untuk hiasan juga.
  • Garam secukup rasa.


Nota: Tanda (* ) bermakana rempah-rempah ini perlu disediakan dengan goreng kering dan dikisar halus supaya ia lebih harum dari rempah yang belum digoreng kering. Sekiranya anda tidak mempunyai rempah tersedia, gunakan saja rempah kurma 150gm. Kalau tidak ada rempah kurma gunakan rempah sup adabi, Rempah sup adabi tersedia bahan-bahan rempah-rempah yang mamak haji sebutkan tetapi baca dulu air yang perlu digunakan. Semoleknya sediakan rempah sup anda sendiri sekiranya ingin rasa sup mamak yang klasik yang segar.

Cara-caranya:

  1. Seperti yang diterangkan, kelazatan sup ini banyak bergantung kepada penyediaan "broth". Basuh tulang-tulang kambing. Sediakan sebuah bekas, hidupkan api dapur dan masukkan tulang kambing. Kacau rata tulang-tulang ini supaya ia sedikit terbakar melalui kepanasan bekas merebus. Masukkan 3 liter air kedalam bekas rebusan tulang. Masukkan satu batang celeri telah dihiris dan hirisan 1 biji carrot kedalam air rebusan tulang. Jangan masukkan garam. Biar air rebusan ini mengelegak. Bila air mula mengelegak, perlahankan api dan biar ia direneh selama 1-2 jam. Semasa reneh tutup tudung periok. Selepas dua jam tutup api dan sejukkan. Tapis airnya dan simpan untuk membuat sup. Ia juga boleh disimpan dalam peti sejuk selama seminggu. Sebelum anda buat sup eloklah disediakan air rebusan ini
  2. Panaskan bekas buat sup, dan masukkan air rebusan tulang tadi dengan menapis airnya, masukkan Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga. masukan halia bawang putih. Masukkan rempah serbuk seperti serbuk jintan putih dan serbuk ketumbar.
  3. Masukkan air bawang yang telah kisar. Masukkan daging kambing yang telah bersihkan dan saiz yang anda kehendaki.
  4. Biarkan sup mendidih, selepas mendidih perlahankan api dapur dan direneh sehingga daging kambing masak. Masukkan garam dan rasa apa yang tak cukup atau terlebih, ia sungguh mudah untuk kita mengubah mengikut selera kita sendiri.
  5. Sup kambing perlu dijamu semasa supnya masih berada dalam keadaan panas. Taburkan daun sup dan bawang goreng keatas sup yang dihidangkan. Ia amat lazat sekiranya di makan bersama Roti Benggali. Sup kambing rempah mamak ini sesuai dihidangkan semasa cuaca sejuk kerana ia akan memanaskan tubuh badan kita serta merta. Ia juga amat sesuai untuk suri rumah yang dalam pantang selepas bersalin. Semoga dapat cuba resepi ini dan perelokan lagi mengikut cita rasa anda sendiri. 
  6. Penerangan berjela-jela ini supaya anda faham dan membolehkan anda cipta resepi sendiri mengikut selera anda.

Nota: kalau diperhatikan resepi ini tidak tumis perencah-perencah sup ini. walau pun ramai yang menumis dahulu sebelum masukkan dalam sup. Seperti yang katakan sebelum ini variasi membuat sup ini berlainan. Bila kita tumis kemungkinan bau haruman akan semerbak didapur dan tetapi bukan dalam sup.

Selamat mencuba!

Resepi Ayam Paprik


Bahan-bahannya:

  • 4 ketul ayam - dihiris kecil
  • 2 ulas bawang putih - dicincang halus
  • 1 biji bawang besar - dibelah dua dan dihiris bulat kasar
  • 1 biji cili merah - dihiris serong
  • 11 biji cili api - dipecah-pecahkan aje
  • 2 helai daun limau purut - disiat-siat
  • bunga kobis - dihiris kecil
  • 2 biji putik jagung - dihiris serong
  • 1/2 biji karot - dihiris serong
  • 2 biji kacang panjang - dipotong 1 inci
  • 2 sudu makan cili kering kisar
  • 2 sudu makan cili sos
  • 2 sudu makan tomato sos
  • 1 sudu makan sos tiram
  • garam
  • 1 cawan air

Cara-caranya:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan semua sos. Tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan isi ayam. Kacau rata hingga isi ayam layu.
  5. Masukkan air. Masak hingga mendidih.
  6. Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Kacau rata.
  7. Masukkan semua bahan hiris. Kacau rata. Masak hingga sayur empuk. (Kalau kuahnya pekat sangat, boleh tambah sedikit lagi air).
  8. Tutup api dan hidangkan.


Selamat Mencuba !

Rabu, 8 Jun 2016

Resepi Pie Tee Rangup


Bahan-Bahan:


Bahan Kulit

  • 60 gm tepung beras
  • 20 gm tepung gandum
  • 10 gm tepung ubi
  • Garam secukupnya
  • 1 butir telur Gred C � dipukul sedikit
  • 240-250 ml air
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan Inti

  • 1 sudu besar minyak
  • 4 ulas bawang merah � di cincang halus
  • 80 gm isi udang � di cincang
  • 200 gm hirisan lobak merah
  • 300 gm hirisan kubis
  • 1 sudu teh kicap cair
  • Garam, serbuk lada sulah secukupnya

Bahan Sos

  • 3 biji cili merah � dibuang biji
  • 1 ulas bawang putih � di cincang halus
  • 2 sudu besar sos cili Thai
  • 1 sudu besar cuka
  • 60 ml air masak
  • Gula, garam secukupnya


Cara-caranya:

  1. Satukan semua bahan kulit. Tapis ke dalam mangkuk. Masukkan telur dan kacau sebati.
  2. Tuangkan air dan kacau lagi hingga sebati.
  3. Panaskan acuan dalam minyak. 
  4. Bila dah panas, angkat dan celup ke dalam adunan tadi dan goreng hingga kuning keemasan.

Untuk inti
  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang merah hingga harum. Masukkan bahan lain dan kacau.
  2. Angkat dan biarkan sejuk.
  3. Bila inti dah sejuk, isikan ke dalam kulit pie tee tadi.
  4. Jika inti diletak di dalam kulit terlalu awal, kulit akan menjadi lembik. 
  5. Letak sebelum dihidangkan.

Untuk sos:
  1. Kisar semua bahan hingga sebati.
  2. Hidangkan bersama pie tee.

Selamat Mencuba !

Selasa, 7 Jun 2016

Resepi Kuih Tako


Bahan-bahannya:

lapisan bawah (hijau)
  • 1 cawan tepung jagung
  • 5 cawan air
  • 1 cawan gula
  • sedikit pewarna hijau

Cara-caranya:

  1. satukan semua bahan dan panaskan hingga sebati,likat dan berkilat
  2. adunan akan letop2, dah agak2 letup2 tu tutup api,
  3. boleh lah sudukan dalam kelongsong daun pandan , jika tiada; boleh shj letak dalam apa-apa bekas.

Bahan-bahannya:

lapisan atas (putih)
  • 1 cawan tepung jagung
  • 5 cawan santan
  • secubit garam sesedap rasa.

Cara-caranya:

  1. satukan semua bahan , panaskan sehingga likat dan letop2
  2. dah agak2 pekat, tuang adunan putih atas adunan hijau tadi.
  3. pastikan adunan hijau tadi dah keras dahulu

*Penambahan: campur sengkuang cina yg di potong dadu comel2 untuk rasa lebih aumm aumm ..

selamat mencuba !

Resepi Kerabu Daging


Bahan-Bahan:

  • 300 gram daging batang
  • 1 biji timun saiz kecil
  • 5 biji bawang merah � hiris
  • 2 kuntum bunga kantan � hiris halus
  • 1 batang serai � ambil bahagian putih, hiris halus
  • 5 biji cili padi, hiris halus
  • 2 helai daun limau purut muda � hiris halus
  • 4 camca besar pati santan
  • 5 -6 biji limau kasturi � perah jusnya
  • Gula secukup rasa
  • Sos ikan secukupnya

Bahan Tumbuk Halus

  • 2 biji cili merah
  • 4 biji cili padi
  • 1 inci belacan � dibakar


Cara-caranya:

  1. Daging direbus bersama sedikit garam hingga lembut, sejukkan dan potong kecil, isi dalam bekas. Timun belah 4, buang empulur dan hiris serong nipis setiap belahan. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas besar, satukan daging, timun dan semua bahan di atas kecuali jus limau kasturi, garam dan gula serta santan.
  3. Gaul semua hingga rata, masukkan santan dan gaul lagi.
  4. Tambah sos ikan dan gula secukup rasa serta jus limau kasturi, ikut tahap masam mana yang anda suka. 
  5. Biar sekejap dan hidangkan.


Selamat Mencuba !

Resepi Udang Butter Bersarang Telur


Bahan-bahan utk sarang telur:

  • 2 biji kuning telur sesenduk butter [blh juga guna margerine]
  • 1 cawan minyak

Cara-cara (Sarang Telur):

  1. Pukul ringan kuning telur.
  2. Panaskan Butter/Margerin bersama minyak. Sebaiknya gunakan senduk bulat.
  3. Bila minyak dalam kuali sudah betul betul panas, pusing pusingkan dengan senduk tu laju laju membentuk bulatan sehala tanpa henti.
  4. Kemudian tuangkan kuning telur tadi, tuang tinggi sikit supaya yang jatuh ke dalam kuali tu halusss jer.
  5. Teruskan pusing minyak tu laju laju dan tuang hingga habis. Pusing terus senduk tu sehingga telur tu masak berwarna keemasan. Setelah masak tuangkan ke dalam tapis seperti tapis santan besi untuk toskan minyaknya.
  6. GULA secukup rasa ~> taburkan gula setelah sarang td diangkat/dituang dlm tapis.. tabur semasa sarang tu masih panas lg tau.. lps tu godek2kan sikit dgn sudu bg gula tu rata .. ketepikan.

Bahan-bahan untuk masak udang :

  • 12 ekor udang saiz besar atau sederhana
  • Garam, lada sulah, minyak utk menggoreng
  • 3 ulas bwg putih (dicincang)
  • 6-8 tangkai cili padi (dihiris)
  • 5 tangkai daun kari
  • 1/4 cawan susu cair
  • Butter

Cara-cara :

  1. Mula mula goreng dulu udang yang digaul dengan sedikit garam dan lada sulah sehingga agak berubah warna dan masak. Jangan goreng terlalu lama sangat nanti udang akan mengecut, tak cantik dan agak keras bila dimakan.
  2. Angkat dan toskan minyaknya. Keluarkan minyak tu dari kuali, tak nak guna lagi.
  3. Panaskan butter/margerin di dalam kuali dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga garing dan naik bau.
  4. Kemudian masukkan susu cair dan masak sebentar.
  5. Masukkan udang yang digoreng tadi, sedikit serbuk lada hitam/putih dan garam secukup rasa. Jangan bubuh banyak sangat garam yer sebab butter atau margarine sudah ada garam.
  6. Setelah semua bahan masak dan mesra, bolehlah dimasukkan ke dalam pinggan hidangan dan taburkan sarang telur/floss yang kita buat tadi.

Selamat Mencuba

Isnin, 6 Jun 2016

Resepi Kek Gulung Green Tea


Bahan-Bahan:

Bahan Kek

  • 1 biji telur
  • 3 biji kuning telur � Simpan putih telur
  • 35 gm mentega
  • 60 gm tepung superfine � diayak
  • 5 gm serbuk teh hijau � diayak bersama tepung
  • 60 gm susu segar
  • 85 gm gula kastor

Bahan Krim

  • 100 gm krim putar
  • 2 sudu teh gula ising


Cara-caranya:

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 160�c. Pukul telur (termasuk telur kuning) hingga sebati. Ketepikan seketika.
  2. Seterusnya cairkan mentega dalam kuali dan padamkan api. Masukkan tepung dan juga serbuk teh hijau. Gaul rata. Kemudian masukkan telur yang telah dipukul tadi sedikit demi sedikit.
  3. Masukkan pula susu segar dan gaul hingga sebati. Tapis adunan untuk mendapatkan tekstur yang tidak berketul. Ketepikan seketika.
  4. Pukul putih telur serta gula kastor hingga kembang dan gebu. Tuang ke dalam bekas yang mengandungi bancuhan tepung dan telur tadi. Kaup balikkan hingga sebati.
  5. Sapukan mentega pada loyang dan alaskan dengan kertas minyak. Guna Loyang bersaiz 10� x 10�.
  6. Tuang adunan dan bakar pada suhu 160�c selama 20 minit. Apabila kek telah masak, keluarkan dari Loyang dan sejukkan seketika.
  7. Untuk krim, pukul krim putar bersama gula ising hingga kental. Sapukan ke atas kek dan gulung dengan kemas.
  8. Sejukkan dalam peti sejuk selama 2 jam sebelum dihidangkan.


Selamat Mencuba !

Ahad, 5 Jun 2016

Resepi Salmon Croquettes


Bahan-Bahan:

  • 2-3 keping potongan ikan salmon � Dibuang tulang dan kulit. Isi dihancurkan dengan menggunakan pisau.
  • 4-5 biji kentang � di buang kulit
  • 1 sudu besar daun bawang- dihiris nipis
  • 2 biji telur
  • 1 kiub stok pati ayam
  • Serbuk roti
  • Tepung gandum
  • Minyak
  • Garam
  • Serbuk lada hitam


Cara-caranya:

  1. Rebus kentang terlebih dahulu sehingga empuk. Kemudian tapis airnya dan lenyekkan kentang sehingga hancur.
  2. Masukkan isi ikan salmon, kiub pati ayam, sedikit garam dan lada hitam. Gaul sehingga sebati. Biarkan ianya sejuk seketika dan baru dimasukkan hirisan daun bawang.
  3. Bentukkan adunan menjadi bentuk memanjang seperti silinder. Caranya adalah dengan menggolek adunan di atas permukaan yang rata. Taburkan sedikit teping supaya senang untuk digolek.
  4. Sediakan 3 bekas berlainan untuk di isikan tepung, serbuk roti dan telur yang telah dipukul. Kemudian celup adunan itu tadi ke dalam bekas berisi tepung dahulu, di ikuti telur dan serbuk roti.
  5. Ulang sekali lagi proses tadi. Susun adunan di atas loyang dan simpan dalam peti sejuk selama 1 jam sebelum digoreng.
  6. Panaskan minyak yang secukupnya dan pastikan minyak betul-betul panas sebelum memasukkan croquettes. Goreng croquettes sehingga menjadi kuning keemasan. Angkat dan idangkan.

Tips: Boleh gantikan salmon dengan isi ikan lain atau isi ayam.

Selamat Mencuba

Sabtu, 4 Jun 2016

Resepi Kuih Tepung Gomak


Kuih Tepung Gomak juga dikenali di sesetengah tempat sebagai Kuih Abok-abok

Bahan Inti:

  • 2 cawan kelapa parut
  • 1/2 cawan gula merah
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/4 air

Bahan Kulit:

  • 150 gram tepung pulut
  • 1/2 cawan air
  • sedikit garam

Bahan Sadur

  • 75 g kacang hijau - digoreng tanpa minyak hingga keperangan, dikisar & diayak.)

Cara Membuatnya:

  1. Untuk membuat Inti : Satukan semua bahan di dalam kuali. Masak sehingga air kering. Ketepikan & biar ia sejuk.
  2. Panaskan periuk yang mengandungi air.
  3. Sementara menunggu air mendidih, kita uli doh ye (jangan bazirkan masa..tadi tak pasal2 nak kenal berleter dengan mak). 
  4. Uli tepung yang tepung diletakkan sedikit garam dengan air sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh dan adunan tidak melekat. (seperti membuat doh buah melaka).
  5. Bentuk2 kan bulat inti supaya mudah untuk diletakkan atas doh kulit.
  6. Ambil doh sebesar bola pingpong, bulat dan leperkan tepung, masukkan inti ditengahnya dan bulatkan semula. Leperkan sikit .
  7. Seterusnya apabila air telah mendidih, masukkan doh yang telah dintikan dan dibentuk tadi. Tunggu sehingga ia timbul (macam buat buah melaka juga la)
  8. Kuih dah timbul, tunggu apa lagi cedok dan toskan dengan penapis.
  9. Jangan tunggu lama2 terus sadurkan ia dengan kacang hijau yang telah dikisar.

Selamat Mencuba !

Khamis, 2 Jun 2016

Resepi Popia Mini Udang Kering Rangup


Bahan-Bahan:


  • 300 gram udang kering
  • bawah merah (ikut suka) ditumbuk
  • serbuk cili kering (ikut suka)
  • air asam jawa (ikut suka)
  • sedikit minyak untuk menumis
  • garam, gula (lebihkan) & serbuk perasa (secukup rasa)
  • Kulit popia


Cara Membuat:


  1. Rendam sebentar udang kering. Cuci dan toskan. Selepas itu dikisar halus.
  2. Tumis bawang sehingga naik bau. Kemudian masukkan udang kering yang telah dikisar. Gaul.
  3. Masukkan air asam jawa, garam, gula dan serbuk perasa. Gaul hingga udang agak kering.
  4. Bila dah kering, tutup api dan sejukkan sebentar. Kemudian kisar lagi supaya udang tidak berketul-ketul.
  5. Cara membungkus popia; Kulit popia dipotong segi 4 dan bungkus macam popia biasa. Atas potong segi empat panjang, isi udang ditengah dan gulung. Kemudian temukan kedua-dua hujungnya dan simpul sekali.
  6. Goreng menggunakan minyak yang banyak dengan api yang sederhana. Kalau bungkus cara popia biasa, masa menggoreng, gunakan api yang perlahan.


Tip: Tutup kulit popia yang belum dibungkus dengan kain untuk elakkan kulit popia jadi keras.

Selamat Mencuba !

Rabu, 1 Jun 2016

Resepi Kuih Keria


Bahan-bahanya:


  • 400gm ubi keledek
  • tepung secukupnya

gulanya


  • 1/2 cawan air
  • 5 sudu gula pasir

Cara-caranya:


  1. Rebus ubi hingga lembut
  2. Dah lembut lenyek hingga halus dan masukkan tepung hingga sebati (jgn banyak sangat tepung nanti keras)
  3. Leperkan n bulatkan d tengah2 dan goreng hingga keemasan dan ketepikan.
  4. Di kuali lain masak gula dan air hingga likat
  5. Bila dah tiga suku likat, kecikkn api dan masukkan kuih tadi dan gaul sebati. pastikan kuih tak hancur ye.
  6. Angkat dan hidangkan dan makan panas2 memang sedap

Resepi Kuih Cakar Ayam


Kuih Cakar Ayam merupakan kuih tradisional Malaysia. Ia merupakan menu yang sesuai ketika sesi minum petang dan juga sesuai dihidang ketika di Aidilfitri.

Bahan-Bahan:

  • 300 gm gula merah
  • 1 kilo @ 1/2 kilo keledek yang dikupas kulitnya
  • 1 sudu kecil kapur makan
  • Air
  • Minyak masak


Cara-caranya:

  1. Kukur keledek hingga halus dan berbentuk seperti tali. Masukkan keledek tadi ke dalam air kapur selama 1 jam.
  2. Setelah cukup 1 jam keluar dan toskan sehingga kering. Setelah kering gorengkannya di dalam minyak yang panas.
  3. Sementara itu campurkan gula merah dan air di dalam kuali yang berasingan. Biarkannya sehingga gula merah tersebut cair dan larut di dalam air tersebut.
  4. Kemudian masukkan keledek yang digoreng tadi ke dalam gula merah. Gaulkan sehingga rata dan sebati.
  5. Kemudian, setelah sebati angkat dan masukkan ke dalam acuannya yang berbentuk bulat. Jangan lupa untuk menekannya sehingga padat.
  6. Akhir sekali sejukkannya. Anda harus menyimpannya di dalam bekas yang kedap udara kerana dikhuatiri kuih cakar ayam anda akan lemau jika dibiarkan terdedah.


Selamat Mencuba !